My Add

Wednesday 18 July 2012

200,000 liter diesel dirampas

*ABD. Latif Abd. Rahman (kiri) memeriksa saluran paip bagi memindahkan minyak diesel dari lori tangki tempatan (kanan) ke lori tangki berpendaftaran Thailand di Bukit Kayu Hitam, semalam.


Oleh SAFINA RAMLI
KUBANG PASU, SELASA, 17 Julai, 2012: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas 200,000 liter diesel bernilai kira-kira RM360,000 yang cuba diseludup ke Thailand selepas menyerbu pusat penyimpanan bahan bakar itu di Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu adalah hasil kerjasama UPP dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Kubang Pasu.

Komander UPP Kedah, Abd. Latif Abd. Rahman berkata, sindiket itu dikesan mengubah warna minyak diesel daripada oren kepada biru kehitaman bagi mengaburi mata pihak berkuasa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment