My Add

Wednesday 18 July 2012

360 kes denggi dilaporkan sepanjng 8-14 Julai

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Julai, 2012: Sebanyak 360 kes demam denggi dan tiada kematian dilaporkan bagi minggu ke-28 (8 hingga 14 Julai) tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman.

Lapan negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu di Sabah meningkat tujuh kes (117 peratus), Johor tujuh kes (29 peratus), Melaka empat kes (80 peratus), Pulau Pinang tiga kes (19 peratus), Kedah tiga kes (18 peratus), Negeri Sembilan dua kes (20 peratus), Sarawak dua kes (13 peratus) dan satu kes di Kelantan (11 peratus), katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga 14 Julai, sebanyak 12,518 kes demam denggi dengan 25 kematian dilaporkan di seluruh negara, meningkat 13 peratus berbanding 11,124 kes dengan 19 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

Hassan menjelaskan, sejumlah 61 lokaliti mengalami wabak di seluruh negara melibatkan 22 daerah dipantau pihak kementerian melibatkan sekolah dan kawasan kediaman. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment