My Add

Thursday 19 July 2012

46,000 pengusaha sarang burung walet enggan daftar

PUTRAJAYA, RABU, 18 Julai, 2012: Hampir 46,000 daripada 50,000 pengusaha sarang burung walet didapati enggan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), sekali gus menyebabkan mereka tidak layak mendapat sijil untuk mengeksport produk mereka ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, maklumat yang diperoleh mendapati keadaan itu disebabkan pelbagai faktor termasuk pengusaha cuba mengelak pembayaran cukai pendapatan serta kemungkinan terlibat dengan kegiatan penyeludupan dari negara jiran.

''Saya sendiri bertanya-tanya kenapa pengusaha berkenaan tidak mahu mendaftar. Daripada 50,000 pengusaha sarang burung yang ada, hanya 4,120 telah berdaftar dengan JPV.

''Kalau pengusaha ini tidak mahu berdaftar, mereka tidak akan dapat eksport hasil sarang burung mereka," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini larangan eksport sarang burung ke China di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment