My Add

Friday 6 July 2012

49 anak yatim serah kad Hari Bapa kepada PM

PUTRAJAYA, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Sekumpulan 49 anak yatim dari Rumah Jagaan Sinthamani, Jinjang Utara hari ini menyerahkan kad sempena Hari Bapa untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan Perdana Putra di sini. 

Kad berukuran tiga kaki tinggi dan dua kaki lebar itu diterima Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Gazali Ibrahim. Pengasas rumah kebajikan itu, B Praveendran, berkata anak yatim yang berusia antara dua hingga 17 tahun itu mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menyiapkan kad tersebut. 

"Mereka mengambil inisiatif ini kerana menganggap Perdana Menteri seperti bapa mereka sendiri, apatah lagi rata-rata mereka tidak mempunyai bapa. 

"Kami berbangga dengan jasa Perdana Menteri yang banyak menyumbang untuk membangunkan negara dan kami menyokong kepimpinannya," katanya kepada pemberita selepas penyerahan kad tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment