My Add

Saturday 7 July 2012

577,427 pendatang tanpa izin diputihkan sehingga 30 Jun

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Seramai 577,427 pendatang tanpa izin telah diputihkan melalui Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P, yang tamat 30 Jun lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata mereka adalah pekerja yang berjaya diputihkan daripada 1,015,852 pendatang tanpa izin yang berdaftar untuk bekerja melibatkan 107,136 majikan dari pelbagai sektor seperti perkilangan, pembinaan, perladangan dan pertanian.

"Namun masih terdapat kira-kira 43.2 peratus atau 438,425 pendatang tanpa izin yang belum diputihkan dan tindakan penguatkuasaan sedang giat dilaksanakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Rahim berkata, kementerian bersetuju untuk memutihkan 438,425 pendatang tanpa izin yang telah membuat temu janji melalui pihak majikan sebelum ini tetapi belum ditemu duga.

"Di atas rayuan pihak majikan, kementerian bersetuju supaya temu janji semula dibuat dengan majikan," katanya.

Beliau berkata, temu duga diadakan di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, KDN, Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment