My Add

Tuesday 17 July 2012

694 tangkapan kes pemerdagangan orang sejak 2008

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Julai, 2012: Sebanyak 694 tangkapan kes pemerdagangan orang dilakukan agensi penguatkuasaan dari 2008 hingga 31 Mei lalu, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, daripada jumlah itu, 518 (75 peratus) tangkapan adalah rakyat Malaysia, manakala selebihnya, 176 (25 peratus) warganegara asing.

Antara agensi penguatkuasa yang terbabit dalam tangkapan itu ialah polis, Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja, katanya menjawab soalan Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg. 

Menjawab soalan tambahan Dayang Madinan, Lee berkata, kerajaan sentiasa berusaha membanteras kes pemerdagangan manusia. 

"Antara usaha yang dilaksana kerajaan adalah melalui pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang mengenakan penalti terhadap kesalahan sebanyak RM1 juta bagi setiap kesalahan," katanya. 
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment