My Add

Tuesday 17 July 2012

Agong serah surat cara pelantikan ahli Jawatankuasa Rasuah

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Julai, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyerahkan surat cara pelantikan kepada enam anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Istana Negara di sini, hari ini. 

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed.
Mendahului senarai penerima ialah pengerusi jawatankuasa itu yang juga Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad diikuti Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Doris Sophia Brodi dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan. 

Tiga lagi penerima ialah Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. 

Kesemua anggota jawatankuasa itu dilantik mengikut Seksyen 14(2) Akta SPRM untuk tempoh 25 Februari 2012 hingga 24 Februari 2015. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment