My Add

Wednesday 18 July 2012

Ahmad Phesal mahu DBKL dekati masyarakat


*DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang baru dilantik mengimbas kad kerja pada hari pertama ketika memulakan tugas di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari
ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Julai, 2012: Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Ahmad Phesal Talib mahu membawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lebih dekat dengan masyarakat bagi memastikan badan itu mampu memberikan khidmat terbaik terutama kepada warga kota di sini.

Ahmad Phesal yang memulakan tugas hari ini berkata, sebagai pembayar cukai, masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui dan memperoleh perkhidmatan yang terbaik daripada DBKL.

"Setiap aduan yang diberikan rakyat merupakan aset penting kepada DBKL dan dalam masa yang sama kita perlu respons terhadap aduan itu dengan cara yang terbaik.

"Kami juga mahu masyarakat membantu kami dengan memberikan cadangan bagaimana kami mahu memberikan yang terbaik kepada mereka. Tolong hentikan budaya menuding kesalahan ini,” katanya kepada pemberita di Menara DBKL di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke-10 itu menerima sambutan meriah daripada petugas DBKL yang bermula dengan persembahan pancaragam DBKL dan kemudian beramah mesra dengan petugas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment