My Add

Saturday 21 July 2012

Aisya Safia sah juara Bintang RTM 2012

KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Julai, 2012: Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini mengesahkan kemenangan Aisha Safia sebagai Juara Bintang RTM (BRTM) 2012 kerana tidak melanggar syarat pertandingan. 

Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, berkata Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM melakukan soal selidik dan rujukan berikutan aduan bahawa Aisha Safia pernah merakam suara dalam bentuk 'single'.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata antara syarat penyertaan BRTM 2012 menyatakan bahawa peserta hendaklah belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman. 

Justeru itu, Mokhzani berkata Aisha Safia tidak melanggar syarat kerana beliau tidak merakamkan album penuh kecuali hanya sebuah 'single'. 

"Rakaman 'single' itu dibuat bukan berlandaskan kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman serta dibiayai beliau sendiri," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment