My Add

Monday 9 July 2012

Anwar patut berundur - Khairy

IPOH, AHAD, 08 Julai, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersara daripada politik dan memberi peluang kepada orang lain sekiranya pakatan pembangkang gagal memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ramai pemimpin Pas dan DAP pun sebenarnya memberikan peluang terakhir kepada Anwar untuk mengetuai pakatan pembangkang bagi menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ini.

“Saya rasa kalau Anwar tidak menang dalam pilihan raya akan datang, buat apa beliau kekal jadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Jawatan itu Anwar tidak menang pun, jawatan Ketua Umum itu beliau lantik sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Ipoh Barat di sini, semalam.

Beliau mengulas hasrat Anwar yang mahu bersara daripada dunia politik sekiranya pakatan pembangkang gagal memenangi pilihan raya umum ini untuk menguasai Kerajaan Persekutuan.. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment