My Add

Tuesday 10 July 2012

Anwar perlu pulangkan RM3 bilion

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Julai, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta supaya memulangkan RM3 bilion dalam bentuk akaun induk sebelum bersara daripada politik sekiranya pakatan tersebut gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, rakyat sudah pasti tidak mahu Anwar bersara tanpa memulangkan wang tersebut kepada pihak berwajib.

"Duit itu amat berguna dan boleh digunakan untuk membantu ramai orang miskin dan anak-anak yatim. Tolong pulangkan semula duit rakyat itu sebelum bersara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isu akaun induk bernilai RM3 bilion yang dikawal Anwar diperkatakan kembali selepas didedahkan oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment