My Add

Tuesday 10 July 2012

ASEAN setuju tembakau dikeluarkan dari senarai AFTA

PETALING JAYA, 09 Julai, 2012: Malaysia dan negara anggota ASEAN bersetuju untuk mengeluarkan tembakau daripada senarai produk pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada 2015.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kesepakatan itu dicapai pada Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan Asean ke-11 yang berlangsung di Phuket, Thailand, Khamis lepas.

"Kita bersetuju bahawa tembakau perlu dikeluarkan daripada senarai produk AFTA kerana ia secara langsung dapat mengurangkan bilangan perokok dan mewujudkan persekitaran bebas rokok," katanya.

Tiong Lai berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik "Gastrointestinal & Nutrition Management: Continual Care" 2012 anjuran Persatuan Pemakanan Malaysia (MDA) di Pusat Perubatan Sunway di sini, hari ini.

Katanya, mesyuarat itu juga turut menyentuh mengenai usaha meningkatkan kerjasama antara negara ASEAN dalam menangani isu wabak penyakit berjangkit terutama jangkitan virus influenza A (H1N1) selain mengadakan bengkel dan seminar untuk negara ASEAN berkongsi isu-isu kesihatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment