My Add

Wednesday 18 July 2012

Askar Wataniah platun seni, media dan kakitangan Kementah tamat latihan

*DR. Ahmad Zahid Hamidi (dua,kiri) menyampaikan sijil kepada Parajurit Muda merangkap Ketua Perbarisan, Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Platun Seni, Platun Media dan Platun Kementerian Pertahanan, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Julai, 2012: Pengamal media, ahli seni dan kakitangan Kementerian Pertahanan (Kementah) digalakkan menyertai Askar Wataniah yang merupakan badan sukarela unik serta berbeza berbanding badan sukarela lain.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, konsep Askar Wataniah bagi platun seni, media dan Kementah itu tidak dilaksanakan di mana-mana negara dan mungkin akan menjadi perintis di kalangan negara ASEAN.

"Kita tidak mementingkan kuantiti seperti badan sukarela lain, sebaliknya kualiti mereka yang menyertainya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment