My Add

Sunday 8 July 2012

Betty pertahan Guan Eng

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL 
PULAU PINANG, SABTU, 07 Julai, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana, Melaka Betty Chew Gek Cheng hari ini menafikan suaminya, Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan Ng Phaik Kheng yang pernah bertugas di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Guan Eng di Padang Kota di sini, Betty bukan sahaja mempertahankan suaminya malah menganggap isu tersebut adalah konspirasi Barisan Nasional (BN) yang diketuai Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

"Suami saya tidak ada hubungan sulit dengan bekas stafnya dan saya juga tidak pernah menyerang wanita itu atau orang lain berkenaan hal ini.

"Jika benar, kenapa sehingga hari ini, MCA tidak mengemukakan bukti yang saya pernah menyerang sesiapa," katanya.

Isu melibatkan Guan Eng, Betty dan Phaik Kheng mula tercetus Isnin lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri Melaka, apabila ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo bertanya kepada Betty jika beliau mengenali Phaik Kheng sambil menunjukkan foto Guan Eng yang di dahinya tertampal plaster. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment