My Add

Tuesday 10 July 2012

Budayawan Azah Aziz meninggal


KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Julai, 2012: Budayawan, Azah Aziz yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Menurut sahabat baiknya, Zubaidah Abdul Rahman, 71, Azah yang berusia 84 tahun meninggal dunia kerana sakit tua.

Katanya, Allahyarham telah diserang angin ahmar sejak beberapa bulan lalu dan sering berulang-alik ke sebuah hospital swasta di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Dia melayan saya bagaikan seorang anak dan sahabat. Allahyarham juga adalah mentor saya ketika zaman belajar di Universiti Malaya pada tahun 60-an dan seorang yang tidak kedekut ilmu malah sangat prihatin dengan kawan-kawannya.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat saya," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan sebelum solat Asar.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.

Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar.

Zeti Akhtar merupakan anak tunggal beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment