My Add

Monday 23 July 2012

Butik premium Lotus di lokasi strategik di London

*ZAKARIA Sulong menandatangani plak sambil disaksikan oleh Richard Bacon (dua dari kanan), Syed Mohamad Syed Murtaza (kiri) dan Mohd. Khamil Jamil semasa merasmikan butik premium Lotus Cars di Regent Street, London, baru-baru ini.

LONDON, AHAD, 22 Julai, 2012: Dengan lokasi yang begitu strategik di daerah membeli-belah popular di ibu kota Britain ini, butik premium Lotus Cars secara rasmi dibuka kepada umum Rabu lalu yang menjual barangan bukan kereta seperti pakaian, aksesori fesyen, beg dan sebagainya.

Dengan keluasan 4,800 kaki persegi dan pelaburan 1.7 juta pounds (RM8.5 juta), ia terletak di Regent Street yang merupakan kawasan 'mesti' dilawati oleh pengunjung ke London.

Pelaburan besar tersebut juga menandakan kesungguhan DRB-Hicom sebagai syarikat induk kepada Group Lotus plc menerusi Proton Bhd. untuk bukan sahaja mensenyawakan produk utama kereta sport yang dikenali sebagai kenderaan James Bond suatu ketika dulu tetapi juga usaha mengukuhkan semula jenama Lotus di negara asal kelahirannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment