My Add

Sunday 22 July 2012

Curi berlian: Tujuh warga asing ditahan


*TUN Hisan Tun Hamzah menunjukkan barang kemas yang berjaya ditemui semula sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, semalam.

Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, SABTU, 21 Julai, 2012: Polis menemui semula barangan kemas berlian bernilai RM2 juta yang dilaporkan dicuri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Rabu lalu dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.22 petang itu, polis turut menahan tujuh warga asing termasuk tiga wanita yang dipercayai anggota sindiket jenayah antarabangsa bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kecurian itu dilaporkan oleh seorang wanita berusia 53 tahun yang merupakan pengurus syarikat barangan kemas dan baru tiba di KLIA dari Hong Kong pada pukul 6.35 petang Rabu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment