My Add

Tuesday 10 July 2012

DAP 'undang' bantahan rakan

Oleh RADHUAN HUSSAIN
KUALA TERENGGANU, ISNIN, 09 Julai, 2012: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan ia suatu tindakan mengejutkan jika benar DAP berhasrat untuk bertanding bagi 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, ia pasti mengundang bantahan kerana setahu beliau, kesemua parti dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum mengadakan perbincangan berhubung hasrat tersebut.

Beliau menegaskan, DAP sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan Pas dan PKR mengenainya sebelum membuat keputusan tentang kedudukan serta jumlah kerusi yang akan ditandingi.

Harun juga menggesa DAP mendapatkan persetujuan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang sebelum membuat sebarang keputusan dan bukan bertindak bersendirian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment