My Add

Saturday 7 July 2012

Ddipenjara 3 tahun sabit kematian bayi sendiri

PETALING JAYA, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Seorang pekerja kilang wanita warga Indonesia dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkannya bulan lepas.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membuat keputusan itu selepas Nenda Nurindahsari, 21, mengaku melakukan perbuatan tersebut di premis Kilang Western Digital, Lot 3, Jalan SS 8/6, Sungai Way, Selangor antara 4.30 petang hingga 5.02 petang pada 15 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun, rakaman CCTV kilang itu menunjukkan tertuduh masuk ke dalam sebuah tandas di premis tersebut dalam keadaan sarat mengandung tetapi keluar dengan keadaan perut yang kempis.

Terdahulu, Nenda Nurindahsari, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia merupakan penanggung utama keluarganya di Indonesia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment