My Add

Monday 9 July 2012

Demonstrasi bantah kerajaan negeri

*SEBAHAGIAN peniaga bersama NGO Ikhlas mengadakan bantahan terhadap kerajaan DAP dan MPPP kerana menghalang mereka daripada berniaga di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG, AHAD, 08 Julai, 2012: Kira-kira 50 peniaga kecil di Padang Kota Lama di sini, mengadakan demonstrasi aman bagi membantah tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang mereka daripada terus berniaga di situ.

Demonstrasi selama 30 minit yang diketuai Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah itu diadakan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berikutan tindakan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bertindak keterlaluan terhadap mereka sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Menurut Mohd. Ridzuan, sejak 2008 iaitu selepas kerajaan negeri bertukar tangan peniaga kecil di sini mula diganggu dan diberikan amaran supaya melewatkan aktiviti perniagaan iaitu selepas pukul 12 tengah malam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment