My Add

Saturday 7 July 2012

Dinar emas: NGO, blogger lapor polis

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan dan seorang penulis blog hari ini membuat empat laporan polis berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh syarikat milik kerajaan Pas Kelantan, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT).

Selain membuat laporan, wakil NGO terbabit turut menyerahkan beberapa dokumen penting termasuk laporan dalam syarikat tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

Malah, kumpulan NGO dan penulis blog berkenaan tidak menolak kemungkinan skandal didalangi oleh individu tersebut turut melibatkan sindiket antarabangsa.

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, laporan polis itu dibuat selepas pihaknya mengadakan pendengaran tertutup daripada beberapa saksi serta beberapa bahan bukti yang menunjukkan kemungkinan wujudnya skandal dalam pengeluaran dirham dan dinar emas Kelantan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment