My Add

Monday 23 July 2012

Diskaun 30 peratus di pasar tani mulai 12 Ogos

SHAH ALAM, AHAD, 22 Julai, 2012: Sebanyak 60 pasar tani di bawah kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus ke atas barangannya bermula 12 Ogos ini bersempena sambutan Aidilfitri.

Pengarahnya, Mansor Omar berkata, beberapa barangan keperluan yang terdapat di pasar tani tersebut boleh diperoleh dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga siling ditetapkan kerajaan.

Menurut beliau, sebanyak 50 pasar tani berkenaan dibuka di negeri ini manakala 10 lagi di Wilayah Persekutuan.

Antara lokasinya adalah di Shah Alam, Kelana Jaya, Seksyen 17 di Petaling Jaya, Putra Heights di Puchong, Putrajaya serta Bandar Tasik Permaisuri di Kuala Lumpur.

"Antara barangan keperluan yang boleh didapati pada harga yang murah adalah sayur-sayuran, ayam dan ikan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program RTM Jelajah Merdeka Raya 2012 peringkat Selangor di Pasar Tani Shah Alam di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment