My Add

Monday 23 July 2012

DRB-Hicom tidak akan jual Lotus

Johardy Ibrahim
LONDON, AHAD, 22 Julai, 2012: Kumpulan DRB-Hicom yang menguasai Group Lotus plc., menerusi Proton Bhd., menegaskan, ia tidak akan melupuskan pemilikan terhadap syarikat pengeluar kereta sports ikonik tersebut, meskipun terpaksa menyuntik dana lebih RM1 bilion untuk mengembalikan kegemilangan Lotus.

Di hadapan pengurusan kanan Group Lotus dan Lembaga Pengarah DRB-Hicom, Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil melafazkan komitmen tersebut semasa sesi lawatan ke ibu pejabat Lotus di Hethel, Norfolk iaitu 16 kilometer ke selatan Norwich dan 174.6 kilometer dari London.

Mohd. Khamil yang juga Pengerusi Eksekutif Proton Holdings dan Pengerusi Lotus sengaja tidak mempelawa media Barat untuk membuat liputan majlis pelancaran butik konsep premium Lotus Cars dan model terbaru Lotus Exige S di Regent Street. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment