My Add

Monday 23 July 2012

Dua polis cedera bergelut seorang lelaki

Oleh ROZIANAH RISMAN
PETALING JAYA, AHAD, 22 Julai, 2012:  Walaupun tiga kali dinasihatkan polis supaya bersurai, namun sekumpulan 30 lelaki tetap berdegil meneruskan parti sambutan hari jadi dan membuat bising melampau sehingga mengganggu penduduk di sebuah flat Jalan 4/7, Taman Medan di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 2.25 pagi itu, kumpulan lelaki berusia 20-an tersebut turut bertindak agresif dan mengepung anggota polis peronda.

Tindakan mereka bagaimanapun berakhir apabila seorang daripadanya ditahan selepas bergelut dengan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed memberitahu, kumpulan itu mengadakan parti di perumahan tersebut dan menimbulkan masalah dengan membuat bising.

Menurutnya, mereka memainkan lagu dengan kuat menggunakan sistem audio dari salah sebuah kenderaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment