My Add

Tuesday 10 July 2012

Dua polis dituduh samun warga asing

PETALING JAYA, SELASA, 10 Julai, 2012: Dua anggota polis dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini semalam, atas pertuduhan menyamun empat warga Bangladesh bersenjatakan pistol, di sebuah apartmen di Ara Damansara, dekat sini, tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Junaidi Awang, 33, dan Rasli Zainol Abidin, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama dua yang masih bebas, didakwa melakukan kesalahan itu dengan mengambil wang tunai milik semua mangsa, iaitu RM100 milik Md Shafiqul Sheikh, Md Moshiur Rahman (RM180), Borhan Uddin Molla (RM162) dan Al Amien (RM150).

Mereka yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 tengah malam, 11 Julai 2011.

No comments:

Post a Comment