My Add

Tuesday 3 July 2012

Elak orang tengah dalam urusan rasmi - SPRM

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 02 Julai, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta orang ramai dan komuniti perniagaan agar tidak menggunakan khidmat orang tengah dalam urusan rasmi mereka bagi mengatasi masalah rasuah secara serius.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yakin dengan cara itu orang ramai boleh membantu menangani gejala itu, sekali gus mengurangkan persepsi rasuah terhadap jabatan kerajaan terutamanya agensi penguatkuasaan.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam usaha mengukuhkan langkah pencegahan rasuah melalui penguatkuasaan lebih berkesan terhadap perkhidmatan orang tengah yang hampir kebanyakannya mendorong kepada kegiatan tersebut.

“Kita tidak nafikan peranan orang tengah ini penting dalam sesuatu urusan, namun perlu ingat bahawa mereka tidak boleh menyimpang daripada kerja terutamanya apabila terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menawarkan perkhidmatan rasuah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment