My Add

Sunday 8 July 2012

Ella, suami mahu tunai haji

  *Azhar menyarungkan cincin ke jari Ella pada majlis pernikahan mereka di Telok Gadong, 
malam tadi.
KLANG, SABTU, 07 Julai, 2012:: Ratu Rock, Norzila Aminuddin, atau Ella selamat dinikahkan dengan pasangannya, Azhar Hussaini Ghazali, di kediaman keluarga penyanyi itu di Jalan Gelama, Telok Gadong di sini, malam tadi.

Dengan sekali lafaz, Ella, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang yang berasal dari Muar berusia 32 tahun itu, tepat jam 10.40 malam, pada majlis sederhana. Pasangan itu diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Kariah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar. Abang penyanyi itu, Mohd Norizam bertindak sebagai wali.

Ella yang anggun dalam persalinan serba putih sentuhan pereka Syaiful Baharim menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Ella yang tenang sepanjang majlis pernikahan itu menitiskan air mata kesyukuran sebaik dirinya sah menjadi milik Azhar.

“Saya bersyukur akhirnya doa orang ramai yang ingin melihat saya diijabkabulkan menjadi kenyataan. Tarikh ini akan menjadi antara kenangan paling manis dalam hidup saya.

“Alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami, malah sentiasa berdiri di belakang setiap kali saya memerlukannya. 

“Azhar memberikan perspektif baru untuk saya lebih memahami erti hidup. Disebabkan itu, saya yakin memilihnya sebagai pembimbing dalam alam rumah tangga,” katanya yang merancang menunaikan ibadat haji bersama suami sebagai tanda kesyukuran. - BH

No comments:

Post a Comment