My Add

Sunday 8 July 2012

Empat termasuk kanak-kanak maut, lori rempuh motosikal

SEREMBAN, SABTU, 07 Julai, 2012: Empat termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori, motosikal dan seorang pejalan kaki di Km 4, Jalan Tampin-Gemas malam tadi.

Mereka yang terbunuh ialah penunggang motosikal H. Duraiswami, 34, isterinya A. Mere Minna, 37, dan anak lelaki mereka Kuga, 2, serta pejalan kaki dikenali sebagai Samugam, 60.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Kooi Cheang berkata, kejadian berlaku 7.30 malam, apabila motosikal dinaiki tiga sekeluarga itu dirempuh dari belakang oleh lori terbabit.

"Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa dirempuh ketika mahu memasuki lorong jalan raya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Akibat rempuhan itu, motosikal tersebut tercampak dan menghempap Samugam yang sedang berjalan di kawasan berhampiran, katanya.

Wooi berkata, Mere Minna dan anaknya maut di tempat kejadian, manakala suaminya serta pejalan kaki tersebut meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tampin .

Pemandu lori berusia 31 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment