My Add

Wednesday 18 July 2012

Eurocopter EC725 pengganti Nuri tiba Disember

BUTTERWORTH, RABU, 18 Julai, 2012: Pesawat pertama Eurocopter EC725 yang akan menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka tiba Disember ini.

Buat permulaan, sebanyak dua buah daripada 12 helikopter jenis itu akan beroperasi di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang sebagai pesawat latihan.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, baki 10 lagi pesawat dijadual tiba di negara ini secara berperingkat sehingga 2014.

Menurutnya, TUDM juga akan menerima simulator untuk kegunaan latihan pesawat EC725 yang akan ditempatkan di Pangkalan Udara Subang, Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment