My Add

Wednesday 18 July 2012

Fama tawar potongan 50 peratus sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, rabu, 18 jULAI, 2012: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menawarkan potongan harga barangan keperluan harian sehingga 50 peratus di pasar tani sepanjang Ramadan ini menerusi Program Jimat Belanja Dapur.

Pengarah Fama Selangor, Mansor Omar berkata, potongan harga itu membabitkan barangan seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan serta barangan keperluan dapur yang dijual di semua pasar tani sepanjang bulan puasa yang dijangka disambut Sabtu ini.

"Peniaga pasar tani menjual barangan 30 hingga 50 peratus lebih murah dari harga pasaran kerana melalui program ini kita mengambil barangan terus dari petani dan dijual di pasar tani,” katanya kepada Bernama di sini. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment