My Add

Thursday 19 July 2012

Felda D’Saji mahu buka cawangan di Myanmar, UK

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Felda D’Saji Sdn. Bhd., anak syarikat kumpulan Felda bercadang memperluaskan perniagaan ke Myanmar dan United Kingdom, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Beliau berkata, syarikat berkenaan juga kini dalam peringkat membuat keputusan berhubung cadangan membuka sebuah cawangan di Madinah, Arab Saudi yang mana tiga lokasi telah dikenal pasti bagi tujuan tersebut.

"Cawangan di Madinah dijangka dibuka pada musim haji tahun depan. Selepas itu baru kita buat perancangan untuk membuka cawangan di Myanmar dan London,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buffet Ramadan D’Saji di Dewan Felda di sini malam tadi. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment