My Add

Monday 9 July 2012

Floria Putrajaya 2012 catat jualan lebih RM2 juta

PUTRAJAYA, AHAD, 08 Julai, 2012: Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2012 berjaya mencatatkan jumlah jualan kasar lebih RM2 juta dalam tempoh lapan hari penganjurannya yang bermula 30 Jun lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kutipan itu berdasarkan jualan bunga-bungaan, tanaman hiasan, produk kraftangan, makanan dan minuman.

“Lebih 200 aktiviti disediakan untuk pengunjung termasuk 50 gerai komersial, 60 gerai Laman Seni dan 40 gerai makanan dan minuman sepanjang festival itu diadakan.

“Kesemua itu memberikan peluang yang luas kepada pengunjung untuk membeli pokok bunga, baja tanaman, peralatan berkebun dan pelbagai produk seni kreatif selain menjamu selera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup program Floria Putrajaya 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment