My Add

Saturday 7 July 2012

Garis panduan BNM tidak jejas jualan kereta

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 66 Julai, 2012: Frost & Sullivan masih mengekalkan unjuran jualan kenderaan sebanyak 612,000 buah tahun ini walaupun Bank Negara Malaysia mengetatkan garis panduan pinjaman.

Katanya, peraturan ketat itu hanya memberi kesan kepada kenderaan kecil seperti Perodua Viva dan Proton Saga.

Bagaimanapun, kesannya dijangka berkurangan memandangkan syarikat-syarikat pengeluar kereta kini melaksanakan kempen pemasaran dan jualan dengan memberi potongan harga tinggi dan melaksanakan proses prakelulusan bagi para pelanggannya.

Rakan Bersama Frost & Sullivan dan Ketua Amalan Pengangkutan dan Automotif Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata, kadar penolakan permohonan pinjaman bagi kereta baru telah berkurangan sejak Mei 2012 kerana wakil peniaga dan bank sudah mula memahami garis panduan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment