My Add

Sunday 8 July 2012

Generasi muda perlu dilatih kemahiran berfikir - PM

SHAH ALAM, SABTU, 07 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, generasi muda perlu dilatih agar mempunyai kemahiran berfikir secara mendalam bagi memastikan mereka dapat membezakan antara fakta sebenar dengan persepsi tidak berasas seperti yang tersebar dalam Internet dan media sosial.

Katanya, kemahiran berfikir amat perlu bagi menghadapi cabaran abad ke-21 yang begitu berbeza dan tidak cukup dengan mempunyai kelulusan akademik semata-mata.

``Dulu orang buat surat layang, letih hendak buat, tetapi saya tidak tahu bagaimana kerana saya tidak pernah buat. Sekarang tujuannya sama iaitu untuk menyerang seseorang dengan menggunakan Internet dan media sosial.

``Sebab itu kita kena latih generasi muda berfikir secara mendalam supaya tahu membezakan antara persepsi tanpa asas dan kebenaran sebenar,'' katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemikir Muda di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 peserta membabitkan generasi muda dari seluruh negara hadir pada konvensyen tersebut.

Perdana Menteri berkata, negara ini tidak memerlukan pemimpin yang hanya pandai bermuka-muka dan berlakon serta mempunyai kemahiran berucap tetapi tiada keberanian untuk bersumpah bagi mempertahankan diri sendiri.

Sebaliknya, beliau berkata, pemimpin berkenaan hanya pandai mendakwa sesuatu yang berlaku ke atas dirinya adalah konspirasi politik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment