My Add

Wednesday 11 July 2012

Guan Eng, Betty perlu buat ujian kesan pembohongan

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Julai, 2012: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew perlu menjalani ujian mengesan pembohongan bagi membuktikan Setiausaha Agung DAP itu tidak mempunyai hubungan dengan bekas pekerjanya, Ng Phaik Kheng.

Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC, Datuk R. Ramanan berkata, ia adalah cara terbaik buat mereka membersihkan nama berikutan kontroversi itu.

Katanya, Guan Eng perlu meletak semua jawatan jika keputusan ujian berkenaan menunjukkan beliau berbohong dengan penafian yang dibuat sebelum ini.

"Saya secara peribadi sangat simpati kepada Guan Eng dan keluarganya. Beliau boleh membuktikan hubungan tersebut tidak wujud dengan menjalani ujian mengesan pembohongan.

"Penafian beliau (Guan Eng) sangat meragukan rakyat dan ujian itu akan membersihkan namanya semula jika benar tiada hubungan tersebut terjalin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 


No comments:

Post a Comment