My Add

Tuesday 17 July 2012

Hampir sejuta pendeposit Tabung Haji daftar haji

KOTA KINABALU, SELASA, 17 Julai, 2012: Sehingga kini, sebanyak 953,136 pendeposit Tabung Haji mendaftar untuk mengerjakan ibadat itu dengan 25,282 orang adalah dari Sabah. 

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, pada masa ini Tabung Haji mempunyai kira-kira 7.7 juta pendeposit dengan 359,153 adalah penduduk Sabah. 

"Setakat Jun lepas, seramai 427 jemaah dari negeri ini telah dipilih untuk menunaikan ibadat itu musim ini dan angka tersebut dijangka bertambah dalam masa terdekat," katanya menjawab soalan Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-Balung), pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini. 

Nasir berkata, Tabung Haji juga tidak memperuntukkan kuota jemaah untuk setiap negeri sebaliknya mengguna pakai Sistem Pendaftaran Haji Terbuka. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment