My Add

Friday 6 July 2012

Hasrat Anwar: Hanya psikologi Ketua Pembangkang

SHAH ALAM, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Umno menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menimbang akan bersara daripada politik jika gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), hanya satu permainan psikologi semata-mata.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pengakuan terbaru Anwar itu dilakukan kerana beliau tidak yakin mampu menandingi usaha pembaharuan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Beliau yakin Anwar tidak akan bersara daripada dunia politik dengan mudah.

“Ini adalah jalan terakhir Anwar untuk membendung sokongan rakyat kepada usaha pembaharuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pengakuan ini hanyalah permainan psikologi beliau, kami sememangnya tahu sikap Anwar yang suka merayu untuk meraih simpati,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Idris Haron pula menyifatkan jika benar Anwar mahu bersara, beliau sepatutnya berbuat demikian ketika dibebaskan daripada penjara, pada 2004 lagi.

Menurutnya, kaedah meraih simpati adalah salah satu senjata utama Anwar dalam usaha mencapai matlamat utama menjadi perdana menteri.

“Ini hanya satu kenyataan politik, bukan semudah itu Anwar mahu bersara daripada politik.

Saya percaya orang ramai meluat dengan cara meraih simpati seperti itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun pengakuan ini bertepatan dengan tarikh PRU13 yang semakin hampir, namun Idris percaya rakyat tidak akan tertipu dengan permainan Anwar.

No comments:

Post a Comment