My Add

Tuesday 17 July 2012

Hospital swasta diminta latih doktor pakar sendiri

KUALA LUMPUR, SELASA, 1 Hospital swasta hari ini diminta melatih s7 Julai, 2012:endiri doktor pakar mereka bagi membantu kerajaan menangani masalah kekurangan doktor pakar dalam negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ketika ini negara mempunyai 5,000 doktor pakar dan daripada jumlah itu 3,000 berkhidmat dalam sektor kerajaan. 

"Hospital swasta juga perlu mempunyai doktor pakar mereka sendiri dan jangan hanya bergantung kepada hospital kerajaan bagi mendapatkan khdmat doktor pakar. 

"Mereka (hospital swasta) juga perlu melatih doktor yang ada sehingga menjadi dokor pakar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa mengenai Penjagaan Kesihatan ke-20 di sini.

Mengenai bilangan doktor, Liow berkata jumlahnya kini 35,000 orang dan kerajaan berharap dapat mencapai nisbah satu doktor untuk 400 penduduk menjelang 2020.

Sementara itu Presiden Persatuan Hospital Swasta (APHM) Datuk Dr Jacob Thomas yang turut hadir, berkata persidangan tiga hari itu yang memfokuskan pembangunan modal insan dalam sektor perkhidmatan hospital menarik peserta dari 30 negara. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment