My Add

Wednesday 11 July 2012

Indonesia iktiraf logo halal JAKIM

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
JAKARTA, SELASA, 10 Julai, 2012: Logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diiktiraf kerajaan Indonesia, sekali gus membolehkan produk halal Malaysia dipasarkan di negara itu.

Persetujuan untuk membenarkan logo halal keluaran Jakim bagi pasaran Indonesia diputuskan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIM) pada Mei lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keputusan MABIM itu akan melegakan pengusaha produk makanan halal Malaysia yang sebelum ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesulitan untuk memasarkan produk mereka ke Indonesia.

Berita yang menggembirakan ini disahkan dalam mesyuarat MABIM pada Mei lalu. Kalau sebelum ini, pengusaha terpaksa melalui pelbagai proses yang rumit, kini semuanya sudah diselesaikan, katanya.

No comments:

Post a Comment