My Add

Wednesday 11 July 2012

Industri insurans dan takaful kekal kukuh

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Julai, 2012: Sektor insurans negara diramal menyaksikan pertumbuhan teguh dalam beberapa tahun akan datang dipacu oleh kepelbagaian, penyatuan dan aktiviti antarabangsa untuk merangsang kenaikan premium.

Oxford Business Group (OBG) yang membuat kajian berkata, premium kasar dijangka mencecah RM14.3 bilion pada 2012 dan meningkat kepada RM17.5 bilion pada 2015.

Katanya, menurut Malaysia Rating Corporation (MARC), angka itu mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak tujuh peratus, yang mungkin melebihi pertumbuhan ekonomi.

MARC meramalkan premium perniagaan baru dalam segmen insurans hayat akan mencecah RM10.2 bilion tahun ini, naik kepada RM13 bilion pada 2015.

Segmen bukan hayat dijangka berkembang daripada RM4.1 bilion pada 2012 kepada RM4.5 bilion dalam tempoh lima tahun disokong oleh peningkatan pendapatan dan produk inovatif. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment