My Add

Wednesday 11 July 2012

ISA: Kerajaan sedia bebas baki tahanan

KUALA TERENGGANU, SELASA, 10 Julai, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia membebaskan baki 45 orang lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting, jika mereka benar-benar tidak lagi memberi ancaman kepada negara.

Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Syed Abu Bakar Syed Al-Habshi berkata, pihaknya juga bersedia mengeluarkan perintah membebaskan kesemua tahanan terbabit dalam waktu terdekat sekiranya tiada halangan.

Ketika ini ujarnya, mereka masih ditahan di kem itu di bawah Seksyen 32 (A) ISA walaupun akta itu telah dimansuhkan April lalu.

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan kerana kesalahan terbabit dalam pelbagai kes jenayah dengan sebahagian besar merupakan warga asing yang terlibat dengan kes pemerdagangan orang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment