My Add

Monday 23 July 2012

Isu air bukan propaganda politik

*MOHD. Shafie Apdal menyerahkan bubur lambuk kepada pasukan kenderaan pacuan empat roda untuk diagihkan kepada orang ramai di Balai Berita New Straits Times Press, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 22 Julai, 201: Kerajaan Pusat tidak terdesak untuk menjadikan masalah kekurangan bekalan air terawat sebagai propaganda politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-3) nanti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, masalah itu sebenarnya sudah pun dikesan sejak tahun lalu tetapi kian meruncing apabila semakin banyak kawasan di Lembah Kelang dan Selangor mengalami tekanan air rendah.

"Tidak ada sebab mengapa masalah ini perlu dipolitikkan sedangkan banyak kawasan sudah pun mengalami tekanan air rendah sejak 2011," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment