My Add

Thursday 19 July 2012

JAIS lancar Modul Akidah kekang masalah ummah

SHAH ALAM, RABU 18 JulaI, 2012: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini melancarkan buku Modul Akidah bagi memberi panduan kepada masyarakat Islam negeri ini agar tidak terlibat dengan penyelewengan terhadap akidah, syariah dan akhlak.

Buku tersebut dirangka oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS untuk menambah baik panduan sedia ada dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1952.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin, pelancaran buku itu menandakan pihak JAIS komited dan konsisten dalam membanteras penyelewengan akidah umat Islam ekoran perkembangan terkini teknologi maklumat hari ini.

"Kita mewujudkan buku Modul Akidah ini bagi menggalakkan umat Islam menghayati ajaran Islam dan kita berhasrat untuk memastikan kesejahteraan akidah umat Islam terpelihara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment