My Add

Tuesday 3 July 2012

Jakim lulus 1,285 permohonan sijil halal

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meluluskan sebanyak 1,285 daripada 2,170 permohonan sijil halal sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun lalu.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, daripada jumlah permohonan itu, sebanyak 308 adalah daripada kategori restoran dan hotel yang mana 130 daripadanya telah disahkan halal oleh Jakim dan jabatan agama Islam negeri (JAIN) di sembilan negeri.

“Pensijilan yang disahkan tersebut dilaksanakan secara online melalui e-halal iaitu di JAIN Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Sabah, Terengganu dan Kelantan.

“Jakim sentiasa berusaha membantu pihak pengusaha premis makanan dalam memohon sijil halal yang sah termasuk membuat pindaan terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan 2011)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment