My Add

Monday 23 July 2012

'Jangan guna istilah bufet Ramadan'

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 Julai, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi amaran kepada hotel dan premis makanan di negara ini yang tidak mempunyai sijil halal supaya tidak menggunakan istilah bufet Ramadan sewenang-wenangnya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, larangan penggunaan istilah bufet Ramadan bertujuan untuk tidak mengelirukan umat Islam terhadap status halal di premis makanan.

"Jakim ingin mengulangi larangan ini supaya semua pihak yang ingin mengadakan bufet Ramadan di premis mereka mematuhi peraturan. Sijil halal di negara ini hanya boleh diperoleh daripada Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri.

"Larangan ini harus dipatuhi kerana ia berkait dengan kepercayaan dan ibadah puasa umat Islam ketika ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment