My Add

Monday 23 July 2012

Jangan kecewa dalam perjuangkan parti: Radzi

KUALA LUMPUR 22 Julai - Ahli dan pemimpin UMNO di setiap peringkat diingatkan supaya tidak sesekali kecewa dalam perjuangan parti jika gagal mendapat jawatan tertentu yang diidamkan sama ada dalam kerajaan mahupun syarikat milik kerajaan (GLC).

Bekas Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (gambar) berkata, kesetiaan kepada UMNO amat penting bagi memastikan parti yang memayungi perjuangan sebelum ini tidak tumbang akibat 'ditikam' segelintir pemimpin berpaling tadah.

Justeru, beliau amat kecewa apabila melihat sebahagian pemimpin sanggup meninggalkan parti itu setelah gagal mendapat jawatan diidamkan sedangkan sebahagian besar daripada mereka telah mencipta kejayaan bersama UMNO, malah ada yang mendapat kekayaan.

"Saya sudah jadi Ahli Parlimen sejak 1982, lebih kurang 30 tahun. Saya sudah pegang beberapa jawatan sehingga kini (tiada apa jawatan). Kalau ikutkan dengan pengalaman saya, sepatutnya jadi pengerusi sesebuah GLC," tegasmya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment