My Add

Sunday 8 July 2012

Jawab segera soalan Tian Loo bagi elak syak wasangka'

KUALA LUMPUR, SABTU, 07 Julai, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Betty Chew Gek Cheng sepatutnya menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo dan bukannya menafikan suaminya, Lim Guan Eng mempunyai kaitan dengan bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Phaik Kheng.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, walaupun telah menafikan isu tersebut, keengganan Betty menjawab persoalan Tian Loo telah menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka kepada rakyat.

"Betty hanya perlu jawab dua soalan, pertama apakah benar dakwaan di dalam blog yang mengatakan Betty mengasari wanita bernama Ng Phaik Kheng yang pernah bekerja di pejabat suaminya dan kenapa wanita itu telah ditukarkan ke tempat kerja lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment