My Add

Thursday 19 July 2012

Jenayah antara sempadan masih terkawal - Hishammuddin

MUAR, RABU, 18 Julai, 2012: Jenayah antara sempadan termasuk kegiatan keganasan di negara ini masih terkawal namun semua pihak yang bertanggungjawab perlu terus memantau keadaan semasa dan tidak leka dengan perkembangan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi mengekalkan keadaan sedia ada, bukan sahaja Malaysia tetapi juga semua negara terutamanya di rantau ini harus bekerjasama memerangi jenayah merentas sempadan.

"Dunia hari ini 'tidak ada sempadan' dan setiap negara perlu memantau perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah antara sempadan.

"Kita merasakan perlunya semua negara di rantau ini untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam hal itu," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Dataran Tanjung Emas di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment