My Add

Thursday 19 July 2012

Jumlah peserta 1MDB ditambah kepada 400 orang tahun ini

SERDANG, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Jumlah imam serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini dinaikkan kepada 400 orang, berbanding kira-kira 100 orang tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan itu semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini. 

Beliau turut mengumumkan pemberian kain kepada 14,254 imam serta 138,746 anggota jawatankuasa masjid di seluruh negara untuk dibuat jubah, di samping dua tong air zam-zam kepada semua masjid di seluruh negara. 

Menurutnya kain dari jenis yang cukup berkualiti itu dipilihnya sendiri dan diberikan awal agar penerima dapat membuat jubah khas untuk dipakai pada sambutan 1 Syawal nanti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment