My Add

Sunday 8 July 2012

Kedai Buku, Kedai Kain 1Malaysia

SHAH ALAM, SABTU, 07 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang memperkenalkan lebih banyak inisiatif bantuan yang dapat dinikmati oleh rakyat antaranya Kedai Kain 1Malayia dan Kedai Buku 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, melalui penubuhan Kedai Buku 1Malaysia, kerajaan berharap lebih ramai generasi muda dapat membeli bahan-bahan bacaan dengan harga lebih murah berbanding yang sedia ada di pasaran.

``Selepas ini kita akan buka Kedai Kain 1Malaysia bagi membolehkan rakyat membeli kain dengan harga yang lebih murah. Kita mesti merasai nadi rakyat terutama perasaan hati orang muda yang perlu kita dengar,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment